♥ Jom Follow ♥

Pinnnnn... pinnnnn....


Friday 18 November 2011

TRAVELOG BANDUNG – Day 1 – 28 Oktober 2010

Bismillahirahmanirrahim..

Assalamualaikum...

Sebenarnye kan.. ada pengakuan sikit.. Masa Entri 1: 2010: TRAVELOG BANDUNG – Apa yang menarik tu? aku bagi tarikh planning.. tapi in the end, kitorang bertolak 28-31/10/2010. Sebabkan cerita ni 1 tahun lepas punya story, aku dah ingat-ingat lupa. Tapi pendek kata, kitorang berkumpul pagi-pagi buta kat UiTM tu.. Flight maybe dalam pukul 9 lebih sebab before kul 12 kitorang dah sampai kat Bandung..
tengok muka excited sangat baru nak bertolak masa ni.. ce compare dengan yang last nanti..
  
awal pagi lagi masa tu

bersepah-sepah orang meniaga tepi jalan...

 Tapi yang tragisnya, dalam bas sementara tunggu bas penuh pun aku kena tipu dek pemintak sedekah situ. Dorang meniaga keychain sampai dalam bas pastu paksa-paksa beli. Kawan aku dah pesan dah suruh buat muka bodo je. Tapi aku g beli jugak 1 pack. 1 peket tu ada 10 bijik RM30 atau 100,000 rupiah.. cilakak tul.. dah  hari last baru aku jumpa 1 peket yg sama harga 15000 rupiah je..

sedap secantik rupanya..

Sampai je bandung, tour guide bagi kueh 4 bijik sebab tengok muka kitorang sedih kot.. haha.. pastu terus bawak kitorang g lunch dekat Restoran Sari Pawon namanya. Mujurla aku ni memang suka tangkap gambar depan nama restoran.. Makanan dia ala-ala Malaysia.. Nama pun kita serumpun kann..
apa-apa pun kena snap picture dulu!
dari luar nampak macam xde pape kan.. sekali beli lagik bawak balik tu..

Immediately lepas makan, kitorang ke Rumah Mode. Masa ni group dah divide so masing-masing buat tugas yang diberi sambil diberi masa untuk bershopping. Dalam 2 jam kot kat situ.. Rumah Mode ni boleh imagine macam korang pergi genting highland versi mini.. ada banyak kedai dalam dia. So boleh cari macam-macam pakaian kat situ.. Café pun ada tapi memang mahal habaq hang.

siapa dah siap boleh g main-main dulu..

okey..semua dah siap gamaknye.

Lepas tu ke House of Donatello. Kat dua-dua tempat ni korang boleh tengok style dia ala-ala butik high class sikit. So kami yang ‘pemurah’ ni tak membeli di sini.. sekadar bergambar je..

I xmahu beli mahal-mahal ni..yauuwww

budak Bad ni baring atas rumput ke atas dinding? haaa..cube teka...
Kemudian, kami terus dibawa menjelajah Petronas.. Takk.. bukan nak isi minyak.. sebab nak buat kajian sikit. Ada perasaan bangga bila tengok buatan Malaysia di Negara orang.

Petronas...

Petronas lagik..

Petronasssss...

Aku tak ingat kami ke mana lepas tu.. Sama ada ke Jalan Braga atau Cihampelas.. Rasanya ke Jalan Braga sebab kawasan ni banyak gilakk factory outlet.. kami pula mencari simkad untuk contact ayahanda dan bonda.. dah homesick dah tu..sobsob..

kak mus & bad test dulu simkad..

ni memang clear sangat letih..

dah nak balik ke?

suda letih nak menapak..

 Lokasi makan malam pun aku tak sure kat mana sebab kamera takde betri sudah.. guna kawan-kawan punya je.


hamekkauuu... letih tak hengattt

Sekian..

No comments:

Post a Comment