♥ Jom Follow ♥

Pinnnnn... pinnnnn....


Wednesday 9 November 2011

Kaya tapi Zuhud?


Bismillah..

Tahukah anda zuhud itu apa?

"Zuhud adalah istilah berpalingnya keinginan dari sesuatu menuju yang lain yang lebih baik darinya. Dan syaratnya adalah hal yang ditinggalkan itu disukainya pada sebagian sisinya. Maka barangsiapa meninggalkan sesuatu yang tidak disukai dan tidak dicarinya maka dia tidak dinamakan zaahid (orang yang zuhud)."
(Imam Ibnu Qudamah Al Maqdisi Rahimahullah)

Zuhud ertinya meninggalkan perkara yang disukai kerana mengharapkan sesuatu perkara yang lebih baik daripada itu.”
(Imam Al-Ghazali)

Mereka yang zuhud ni hatinya tak terikat dengan duniawi tetapi lebih kepada akhirat. Malah apa-apa yang manusia biasa rasa macam payah atau susah (e.g, xde duit, sakit, sibuk selalu) tak pernah dianggap sebagai kesusahan untuk mereka.
pinjam gambar jap...

Oh..perlu diingatkan... Zuhud bukan bererti meninggalkan dunia sama sekali termasuklah meninggalkan pernikahan. Itu bukan Zuhud oke..

Apa kaitan zuhud dengan kekayaan?

Orang yang mempunyai sifat zuhud tidak sesekali memperlihatkan kemewahan. Mereka bijak memanipulasi masa supaya masa di dunia digunakan sepenuhnya.

Maksudnya, tidaklah menjadi satu kesalahan untuk kita mengejar kekayaan tapi janganlah sampai melupakan Allah. Kadangkala bila leka mengejar kekayaan, kita lupa dengan solat. Sebab hari-hari nak jumpa client, kita batalkan niat nak puasa sunat.

Meh nak share Doa Harian yang bermaksud:

Ya Allah, tambahkanlah bagiku rezeki yang banyak lagi halal, iman yang benar, ilmu yang bermanfaat, kesihatan yang elok, kecerdikan yang tinggi, hati yang bersih serta kejayaan yang besar.”

Ha..dalam doa ni pun jelas dah kita kena berusaha cari rezeki dengan banyak dan halal.. So, jom sama-sama cari kekayaan dunia dan akhirat di bumi Allah.

Ingat ye.. Kalau kita jaga hubungan dengan Allah, Insya Allah, Allah akan jaga kita.

Renung-renungkan dan selamat beramal.. :)

p.s: simpan doa ni untuk diamalkan..hehe

No comments:

Post a Comment