Heee..lamanya
tak update blog..huhu.. Aku berpoya-poya kat Sarawak dan Sabah
selama satu minggu.. yahuu!! atas urusan rasmi oke! Hehe...
Sebenarnya last week kami ditugaskan ke Sarawak dan Sabah untuk
pemeriksaan aset Jabatan. Tapi..sambil menyelam kite minum air sikit la ye..hihi
Ahad,
4 Disember 2011, Jam 6.30 petang
Dengan
langkah yang berat (berat sebab bawak beg..haha) kami menuju ke KL Sentral dihantar oleh Umi.. huk3.. umi hantar kat
KL Sentral je..hantarla kite sampai KLIA...wuwuuuu.. Jam 7.00 petang, tunggu Yang Mulia En Raja Khairul Azhar dan Pn Siti Mariam
(chewah..nama penuh I bagi tu) untuk tiba.. Mereka
agak lambat ye.. penat den nunggu.. miahaha.. Lepas tu kitorang
sama-sama mencheck-in kan beg-beg yang akan payah nak bawak tu ke
KLIA. Motip utama → TAK RAJIN nak angkat..haha
Memandangkan
flight kitorang jam 10.15 malam, kitorang berpoya-poya makan kat KL
Sentral dulu... Tgh syiok makan, tiba-tiba anak Puan Mariam bawak
Prosperity Burger dari McDonald.. Pergggggghhhhhhhh...teruja
sehhhhhh... MISTI beli sebelum Chinese New Year.. Miahahahaha
Okey2..
Jom naik ERL.. kite gerak ke KLIA dulu.. Jakun jap..tak pernah naik ERL.. hahaha
Sampai
suda... setakat hidup aku la kan..aku tak dapat lagi platform
yang dekat-dekat balai pelepasan.. semua jauh-jauh belaka.. dah nasib
badannnnnn... aih... Mujur ada Herbalife.. energy bertambah serta
mengurangkan tahap kemalasan aku .. hewhew...
Betul.. aku tak tipu.. aku memang ke Sarawak last week.. ni la provenye.. haha...
terbang! terbang! haha
Memandangkan
perjalanan kitorang melebihi satu jam, maka dengan rasa besar
hatinya, kitorang menerima compliment dari MAS.. compliment la
sangat.. haha. Hidangan kali ni berupa daging black pepper dengan
noodles ← abang hensem tu yang sebut haaaa.... Tapi disebabkan
kenyang dah makan kat KL Sentral tadi kan.. Yang terhabis aku makan
hanyalah daging black pepper n coklat mahal tu je..
awwww...
Kitorang
sampai kat Sarawak around 11.30. Semestinya Hotel Riverside Majestic
menjadi pililhan sebabnya.. hotel tu ada breakfast yang SANGAT BEST!
Isnin,
5 Disember 2011, Jam 8.00 pagi
Kan aku dah cakap.. breakfast dia sedap.. Hahahahaha... contohnya yang
ini... Ini je termampu aku makan.. yang lain tu dah tak terlihat..
suda kenyang...
telur..telur..telur..errr.telur....?
saye bukan fotografer k.. gambar mmg sahih tak cantek...
Elok-elok
je kitorang habis makan, incek Mutalib dari cawangan Sarawak pun
sampai.. Oh lupa pulak.. ada lagi sorang pegawai penting yang datang
dengan kitorang.. Mister Yoganathan namanya.. disebabkan beliau
berada jaoh sikit malam tadi, so nama beliau xtermasuk dalam senarai
tiket flight seperti di atas.. hahaha...
Alamak...
takde tangkap gambar kat opis la.. tapi aku suka kat opis sini..
sebabnye dorang willing to learn, sangat peramah, sangat mesra, dan
semua yang saaaangggatt positif.
apakah....?
Memandangkan
ofis ni bagus dan tak banyak masalah, makanya kitorang berjaya
setelkan kerja-kerja dengan mudah.. tapi ada more few items yang
perlu digodek-godek dan diberi pemeriksaan khusus.. so kerja masih
berjalan sehinggalah petang.. Petang ni dah ada penambahan lagi
sorang pegawai, Ku Yah.. hehe... Tengku Fuziah ni sangat
BESSSTTTTT!!! aku tak perasan bila masa beliau sampai..tiba-tiba je
dah ada.. haha.. yang pasti petang tu kami berempat tak termasuk Ku
Yah, menuju ke airport untuk tuka tarikh flight ke Sabah.. Sepatutnya
flight ke Sabah on 1.50pm hari Rabu, tapi memandangkan kerja di
Sarawak dah hampir selesai dan kami pun baik hati taknak buang masa,
so kitorang tuka ke esok.. tu esok kite cite.... hehe..
Paling
best dan kagum, kat sini waktu dia masih sama dengan KL.. ada 24 JAM
lagi.. tapi siangnya pendek kot. Pukul 6 dah gelap macam pukul 7
lebih. So petang tu kitorang pegi pusing sekitar hotel je.. Terima
kasih yang tak terhingga to abg Ismail sebab bawak kitorang yang
jakun ni pergi makan kat Kubah (one of the best place to find
Sarawak's specialty foods). Yang aku order namanya Mi Kolok. Dari
mula-mula aku datang Sarawak dulu lagi aku teringin nak cuba Mi
Kolok ni tapi baru sekarang ada rezeki.. Alhamdulillah...
SODAPNYOO!!! Lagi satu yang kitorang makan, namanya LINUT... Linut ni
asalnya daripada sagu.. aku tak ingat suku kaum pe yang consume
Linut as makanan utama diorang. Tapi cara makan Linut ni lebih kurang
macam makan nasik.. So, amik linut cicah dengan sambal.. Perghhh...
Sedap.. tapi bukan taste kami.. so, berlaku pembaziran di situ...
Maka
berakhirnya hari yang penuh poya-poya dari kami pada hari pertama di
Sarawak. Hari kedua lagi banyak cerita kepoya-poyaan kami...
No comments:
Post a Comment