.: Assalamualaikum :.
Cewahhhhhhh.... bila dah bukak
cerita pasal cintan-cintan ni..auwww... feeling gitu... haha.. sori
babe... ini bukan cite pasal kepoya-poyaan yang ketara... aku nak
share cite pasal kekasih hati yang sejak kebelakangan ni asyik
nak bermanja-manja je... Beliau itulah yang bernama SHAM..
meooowwww.... sayang budak ni...
1st time kua dengan beliau
Sham ni boyfren kite yang
diperkenalkan oleh Umi.. Perjalanan hidup kami agak seronok...
sebabnya aku tak kenal siapakah Sham ini dan apakah yang berlaku
dalam proses berkenalan.. Yang aku tahu, Umi cakap
“Pergi mana-mana pun, bawak
Sham... Elok-elok.. Jaga diri.. Jangan buat Umi menyesal”..
Oke..ayat last tang “Jangan buat
umi menyesal” tu betul-betul aku ingat sampai bila-bila...
Ouhhhh...rindu kat Umi...
So bermulalah tarikh percintaan kami
pada 20 Januari 2010. Masa ni aku baru Semester satu kat UiTM Shah
Alam.. Umi cakap umi dah tak larat nak teman berulang-alik
tengah malam ke Shah Alam.. Sebab tula Umi kenalkan dengan Sham..
Pasni Papehal mintak tolong Sham je... Oh Umiku...
Hoho...
Dating kat KLCC...err..kottttt
Gumbiranya hati...
Berbunga-bunga... Harum mewangi lagi.. Kita ni kan.. Pompuan kan..
bila kua mana-mana, pegi outstation ke,even ke Hypermarket Giant
tuutttttttt belakang rumah pun tergedik-gedik nak beli
barang kat Si Dia.. So berlakulah pembaziran di situ.. Miahahaha..
Tapi cinta itu kan buta.. Maka demi Sham, kurela berkorban apa
sahaja...auwww...haha..
Hobi kami berdating...
dan berdating
dating lagi..
masih dating..aihhhh...
Tapi yang kusangka panas rupanya tak
sampai ke petang... Sham mula buat hal.. nak ngengada.. padahal tak
sampai setahun pun kenal... Yang buat aku geram bila dia leh wat
hal kat tepi jalan.. perghhh...panas gak hati ni... Mujurlah tahap
kecomelan beliau mengatasi pemandangan majazi, so dengan mudahnya
beliau dimaafkan (=.=)”.
Mangsa keadaan.. TT_TT
Walau apapun yang berlaku, dah
hampir dua tahun dah pun usia percintaan kami, Sham masih setia
menemani.. aku nekad untuk teruskan hidup dengan Sham..sehingga beliau
menghembuskan nafas terakhir...
Hello SHAM. Berkilat u..
masa ni Sham xde luka-luka or calar2.. Tapi sekarang ni ..........................
Sekian, surat cinta.
p.s: Hujung minggu ni nak bawak Sham jumpa Doktor.. yahuuuuu!!
No comments:
Post a Comment