.:
Assalamualaikum :.
huk..semalam
adalah hari emo sedunia ye kawan-kawan.. Dunia aku jela..haha...
Semalam aku balik dari Balai Polis Gombak dah pukul 12.30 malam.
Mengantuk dan lapar sebab terlupa nak makan dari tengahari. Nasib
baik ada shake dalam kereta. Sampai rumah, main iPad kejap, bukak netbook layan blog.. pastu aku bukak la Insyirah punya blog Haruman Mawar. Insaf kejap. Muhasabah diri balik. Bila bermuhasabah ni baru
teringat dosa, pahala, syurga, neraka.. perghhhh...terasa diri ini
sangat kerdil..
aku bukanlah Ustazah Pilihan yang dah berjaya hafaz Al-Quran 30 juzuk.
Hatta nak jadi calon pun jauh panggang dari api. Aku pun bukanlah
pelajar Darul Quran yang lancar bacaan jawinya dan terror
cakap bahasa arab. Aku ni budak sekolah menengah biasa je..
wuwuuuu...
Macam
orang lain gak, satu ketika dulu hiburan adalah geng aku.. haha..
sehinggalah aku sedar yang hiburan tu tak ke mana kalau hati tak
tenang dan tak ingat kat Allah. Tapi hati manusia ni taklah secekal
hati Asiyah mahupun Sumayyah yang sanggup berjuang bermati-matian
demi agama. Tambah lagi bila cara penyampaian dakwah ustazah-ustazah
pilihan di luar tu tak kena dengan kita kan...mau tak, pandang atas
bawah macam nak makan orang.. so lepas ni para muslimah dan
muslimin sekalian, berdakwahlah dengan penuh hemat oke... So
di situ jelas nyata sedihnya menjadi Islam sejak lahir tapi tak
amalkan ajaran Islam pun.
Tapi
Alhamdulillah. aku dilahirkan dalam keluarga besar. Meskipun umi &
abah bukanlah ustaz & ustazah, tapi aku dapat jugak ceduk ilmu agama
dari mereka. Lebih segan bila tengok adik-adik bertudung labuh tapi
kakak pakai macam sarung nangka..Mujur ada komuniti Herbalife. Dari situ baru aku dapat tengok
betapa ramainya muslimah sejati yang menjalankan perniagaan sebagai
ibadah.. Masa tu barulah sedar diri ni serba kekurangan dan
tersangatlah kecik kalau beratur depan Allah. Malu beb.. Alangkan
handphone yang manusia cipta kalau buruk pun kita sorokkan, inikan
pulak ciptaan Allah... So memang memalukan... Silalah sedar
diri itu.
aku doa supaya mampu beristiqamah dalam perubahan dan ada
suami yang boleh bimbing aku keluar jauh dari neraka Allah. So
semua orang, sila beramai-ramai doakan aku cepat kahwin. Semoga
Allah makbulkan doa korang. Thanks! hehe
No comments:
Post a Comment