♥ Jom Follow ♥

Pinnnnn... pinnnnn....


Saturday 11 August 2012

InsyaALLAH.. itu satu janji!

Bismillah.

Assalamualaikum.

Lately tabung draft blog ni sangat banyak dengan entry yang tertunggak. "Sesungguhnya orang yang bertangguh itu adalah pencuri masa". Nauzubillah.  sila insaf!

Dua hari lepas, kami berbooth di Institut Kemahiran Mara, Kg Pandan. Kali ni agak seronok sebab dapat dengar basic training FREE dari ramai coach Herbalife. Booth memang best. Macam-macam style ada. So aku sendiri try untuk practic one of the best training. Invitation to events. Perasan atau tak, InsyaAllah adalah ayat paling mudah digunakan oleh orang kita bila nak mengakhirkan satu jemputan?

Contoh:-

Aku: "Akak, malam ni kita ada Customer Day kat Melawati. Akak free?"

Akak: "Tengoklah nanti. InsyaAllah."

Aku: "InsyaAllah tu 99.99% confirm kak. Datang bawak kawan-kawan pun takpe. Free je."

Akak: "Ha ye. Insya Allah" < sambil sengih2>

See? InsyaAllah adalah satu istilah yang cukup sinonim dengan orang melayu. Sangatlah faymes.

InsyaAllah bererti "Dengan Izin Allah" atau dalam bahasa omputih "with God's will". Sila fahami bahawa ianya merupakan istilah yang bersangkut paut dengan janji. Dan kebiasaanya bila berjanji, orang yang perlu menunaikan janji itu akan cakap "InsyaAllah" sebagai isyarat kepada penerima janji bahawasanya janji itu akan TERTUNAI dengan izin Allah.

Berjanji bermaksud berakad dengan niat menunaikan sesuatu MELAINKAN ia terhalang atau terbatal oleh Allah s.w.t

Maksud InsyaAllah dalam konteks masyarakat melayu:

"Tengoklah dulu"
"Kalau aku rajin aku datang"
"Kalau sempatlah"
"50-50. Tak pasti lagi"
"Kalau tuhan aku kasik, aku datangla"

Nampak keketaraan penyalahgunaan perkataan InsyaAllah disitu? Dalam masyarakat melayu, InsyaAllah selalu digunakan untuk menyelamatkan diri sendiri atau menjaga hati orang yang bertanya tu.

Menjaga hati? Normally bila janji tak tertunai, dialog biasa kita dengar berbunyi:

Ali: Nape ko tak datang training semalam? 

Abu: Kan aku kata InsyaAllah. Nak buat cane, kita mampu merancang. Dah tuhan takdirkan aku takleh datang.

Sila jangan amalkan. Tanggapan ini sangatlah salah.

Dalam kes lain, jom kita tengok contoh invitation ke Majlis Nikah

Aceh: Iman, jemput datang Sabtu ni. Aku menikah.

Iman: Ko punya majlis bila?

Aceh: Dalam kul 1. Ala, ko datangla masa nikah aku. Kita kan Best Fren Forever.

Iman: tanaklah masa aku nikah dulu, kau tak datang pun kan.

Aceh: nak wat cane, sapa suh kau nikah dengan cinta pertamaku. auwwww.... datang tau.. tau.. plish?

Iman: hotak kau. Kau nak ngorat laki aku ke hapa?

Aceh: Gila kau. Laki kau, kau jagala sendiri. Ni la masa aku nak buktikan aku ada cinta hati aku. Kau kan besfwen aku.. datang yeh? yeh? 

Iman: InsyaAllah.

Aceh: Leviu Iman!!!!

Dalam cerita ni, Iman dah pun berjanji untuk datang ke majlis pernikahan Aceh melainkan:-

Iman tiba-tiba kemalangan
Iman diserang sawan dan menjadi gila secara tiba-tiba
Iman tiba-tiba kudung dan tak boleh berjalan
Berlaku bencana alam contohnya hujan petir sehingga membahayakan nyawa, gunung berapi tiba-tiba meletup atau taufan ribut menyerang atau banjir sehingga menyebabkan tsunami berlaku.

Apa yang cuba aku tekankan ialah, InsyaAllah tu sebenarnya digunakan bila kita sendiri berani dan yakin kita boleh laksanakan cuma sekiranya betul-betul terhalang, Allah yang tentukan.

Untuk kes yang dah tak ada halangan, tiba-tiba pada hari kejadian korang cakap:

Malaslah nak pegi.
Daripada pegi wedding Aceh, baik pegi tengok wayang.
Allah dah tentukan aku tidur je hari ni, so aku tidur jela.

Kes camni bolehlah diklasifikasikan sebagai kes "mintak pelempang laju-laju". Dan sekiranya ada hal yang tak dapat dielakkan untuk hadir majlis beliau, jumpa sahabat tu lebih awal. Dunia kan dah moden. Telefon dan mintak maaf dari hati sebab memang betul-betul tak dapat datang. Kesian kalau orang tu sangat mengharap kita datang tiba-tiba kita tak ada pada hari kejadian. Kita tak tahu kita ni special di hati siapa kan? Anggap je kita special di hati semua orang. So appreciate je dorang semua.

Dan silalah gunakan istilah ini pada konteks yang betul. Jangan guna pada masa yang salah. Contohnya "InsyaAllah masa exam nanti aku nak bawak toyol" atau "Malam ni InsyaAllah party kat umah Zack" unless kalau korang buat shake party tu lainla kesnya kan.

Kesimpulannya, gunakan istilah InsyaAllah dengan bijak. Kalau takleh, directly cakap takleh. Kita guna nama Allah, jangan buat main-main.

No comments:

Post a Comment