♥ Jom Follow ♥

Pinnnnn... pinnnnn....


Sunday 23 February 2014

Abah, we'll pray for you.

Bismillahirrahmanirrahim..

Rasulullah S.A.W bersabda:


"Apabila anak Adam (manusia) meninggal dunia, maka terputuslah semua (pahala) amal perbuatannya kecuali tiga macam perbuatan iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak soleh yang mendoakannya" 
- Hadis Riwayat Muslim


Firstly... Al-Fatihah buat arwah abah yang dijemput Allah pada 28 Oktober 2013. Juga buat seluruh umat Islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia.


Dah agak lama aku menyepi dari berbelog.. Idea menulis dah berkarat dalam diari. Sekarang tetiba rasa nak menulis balik.. Sekadar berkongsi rasa hati dan pengalaman yang tak berapa nak hebat dan dibanggakan (^_^).

Tahun 2013 banyak sangat pengalaman baru. Tahun kejatuhan.. Tahun kebangkitan.. Tahun yang paling mematangkan aku.

Target last year, Alhamdulillah.. semuanya tercapai..sesetengah tu tercapai dalam tahap minimum.. so yang mana minimum tu tahun ni lah ktie maksimumkan ye.

Last year target nak kahwin, pun tercapai dengan jayanya..haha..Tapi aku mintak maaf banyak-banyak buat yang bagi komen nak maklumat dewan kahwin aku .. InsyaAllah aku share dalam post akan datang ye.

Alhamdulillah jugak, last year aku & abang aku buat majlis bersekali.. So de dua pasang sekali jalan lah.. Atleast abah dapat tengok anak-anak & menantu-menantu abah sebelum abah pergi.. aku nak share sikit tentang abah. Kot-kot ada antara readers blog ni di kalangan warga Johor en....

Abah, Haji Abdul Majid bin Haji Jaafar (10 Oktober 1945 - 28 Oktober 2013) merupakan anak jati Johor. Kalau de student English College kat Johor tu, atau parent yang dalam lingkungan abah, cuba tanya-tanya mak ayah korang, kot-kot kite senanye bersaudara kan. Lepas habis sekolah, abah sambung belajar di University of London. Zaman ni tak ramai orang kita dapat tajaan JPA untuk sambung belajar di luar negara. Memang berapa kerat aje yang dapat. So pelajar tajaan memang kenal semua student Malaysia. Sekali lagi, kalau de parents yang lahir lebih kurang abah, tanyakan pada mereka, kot-kot kenal abah kan.. Hanim mohon supaya segala hutang dihalalkan dan kalau de nak tuntut balik pun boleh mintak kt kitorang balik. Abah segeng dengan Tan Sri Ali Hashim, Dato' Abdul Majid (bekas duta Malaysia  dulu), Raja Salim (bapa mertua Nurul Izzah) dan lain-lain yang sezaman dengannya.

Abah pernah jadi wakil negara untuk pidato (kurang pasti apa pertandingan tu). So aku nak share karangan abah untuk aku yang kitorang jumpa dalam handphone abah.. ada lagi satu pantun untuk adik aku si petai. So harapnye bolehla Dukturah Hanum sharekan pantun tersebut nanti..

DOA ABAH DAN UMI

Sungguh permai Pantai Irama
Airnya cetek tak kira musim
sungguh ramai cucu Tok Mama
Tiada secantik Sarah Hanim

Airnya cetek tak kira musim
Ombak beralun menuju teluk
Tiada secantik Sarah Hanim
Kalau senyum bulan pun tunduk

Ombak beralun menuju teluk
Ufuk barat tiada berawan
Kalau senyum bulan pun tunduk
Siapa melihat pasti tertawan

Ufuk barat tiada berawan
Orang menjala di hujung desa
Siapa melihat pasti tertawan
Pandai pula berbudi bahasa

Orang menjala di hujung desa
Isteri bertenun sepanjang hari
Pandai pula berbudi bahasa
Bersopan santun bagai puteri

Isteri bertenun sepanjang hari
Berhenti rehat menjelang senja
Bersopan santun bagai puteri
Apa dibuat kena sahaja

Berhenti rehat menjelang senja
Tunggu anak dari bandar
Apa dibuat kena sahaja
Kalau memasak macam pakar

Tunggu anak dari bandar
Jual tembaga di Pekan Sari
Kalau memasak macam pakar
Siapa rasa menjilat jari

Jual tembaga di Pekan Sari
Dari mula ramai peraihnya
Siapa rasa menjilat jari
Tambah pula merasa kuihnya.

InsyaAllah.. aku akan cuba latihkan diri untuk jadi macam pantun abah ni. 

Sedikit kenangan dari cucu abah dicoret oleh Fatin Rezal, iaitu anak sulung kepada pengacara TV3, Ezzah Aziz Fawzy.

Semoga abah ditempatkan di kalangan wali Allah dan bahagia di sisi Tok Mama, Tok Abah. Aminnn

p.s: Hari-hari balik ofis pun masih terasa macam Abah ada lagi..

1 comment:

  1. alfatihah ... buat uncle majid
    terkilannya aku xdpt bertemu setelah sekian lama dan xkan bertemu langsung

    ReplyDelete