♥ Jom Follow ♥

Pinnnnn... pinnnnn....


Monday 22 June 2015

#Syukur Selalu

Bismillahirrahmanirrahim..

"Kalaulah dulu aku buat macam ni... bla..bla..bla"
"kalaulah..kalaulah..kalaulah.."

Semua orang mesti pernah rasa nyesal sebab tak buat something beforehand. Aku pun selalu gak rasa macam tu. Mahu idaknye, bila tak buat awal-awal, maksudnya kita dah terlepas peluang tu dan paling tak best bila kita dah takde peluang nak kejar benda tu balik.

Hari ni tetiba rasa rajin nak rewind topic dalam buku "how to get inspired". dah tak ingat pun penulis buku tu. Omputeh la penulisnya. Kau tahu tak betapa positifnya mat salleh ni? Diorang ada attitude yang "takpela. bukan rezeki. Let this be my lesson learnt and try harder next time". Best part yang aku rasa dah lama tak buat, hari-hari before tidur kena tulis atleast 5 perkara yang kau rasa syukur yang amat. Tak kirala dah lama jadi ke, jadi hari ni ke janji apa-apa yang kau rasa syukur.

Warning: Aku listkan bukan untuk menunjuk. Tapi atas spirit #SyukurSelalu. Kalau kau baca dalam nada aku ni macam riak ke, tolong komen bagitahu so aku boleh rephrase ayat bagi nampak baik sikit.. (TT_TT)

1. Dapat Abah garang tapi hati tulus

Korang tahu tak, Abah aku memang garang tapi very supportive. Ko cakap jela mende ko nak buat. Selagi tak salah, dia akan support. Aku rasa kalau abah tak garang, mungkin aku jadik anak manja kededeng. Abah memang garang dengan anak-anak, tapi hati abah nampak benar pure tulus suci. Hari-hari dari kecik sampai kitorang dah tua, abah wajibkan kiss pipi kiri kanan. Aku rasa memang tak ternilai dan tak teringat dah kalau nak tulis balik cerita tentang abah. Kesimpulannya, Abah kite garang bersebab weiiii..

2. Sambung master immediately lepas degree

Dek kerana abah garang tu jugak mendorong aku sambung belajar. Sebab abah dok ulang cakap "belajar tinggi-tinggi bukan rugi pun".. sob sob.. Disebabkan aku dah ada master, insyaAllah aku boleh habiskan belajar sampai PhD before umur aku 35 thn. Go Hanim Go!
p.s: sapa nak tolong bagi geran kat aku? hihi

3. Belajar berbisnes

Aku tak pernah menyesal join Herbalife sejak 5 tahun lepas. Aku rasa dalam Herbalife paling banyak aku belajar bab berbisnes ni. bukan dari orang yang lebih tua dari aku, tapi banyak belajar dari adik-adik. Sungguh lah.. Kalau hati kita sanggup buat 3 perkara; learn, delete, relearn, insyaAllah banyak yang boleh dipelajari. Orang pun suka nak ajar kita macam-macam =)

4. Beli rumah berketul-ketul.

Ok tipu.. beli rumah seketul je. Tapi syukur la sebab kalau tak beli rumah tu, sekarang kitorang tidur bawah tangga umah umi je.. sob sob.. k tipu lagi.. 

5. Dapat rasa PJJ

Perkahwinan jarak jauh.. hehehe... kau tahu tak nikmatnya rasa rindu kat suami time atas bas tu melambai-lambai suami kau sambil lap air mata.. kalau tak aku atas bas, Yobo la atas bas tu.. Sebabkan kau tahu tengah PJJ, maka kesungguhan kau nak nikmati moment bersama dia tu berganda-ganda. Memang masa dia tak ada tu la kau baru ingat nak appreciate dia bagai kan.. kalau ada depan mata, gaduh memanjang.. hoi.. rindu lak rasa hati ini..



Okey.. turn korang pulak kenangkan balik kejadian-kejadian yang terasa syukur sangat.. boleh amalkan hari-hari.. hehe.. babai




No comments:

Post a Comment