♥ Jom Follow ♥

♥ Me ♥

Assalamualaikum. 

Hye, expecially yang baru start baca blog ni. Jom berkenalan dengan dulu sebelum baca blog ni. Ecewah. haha..  ;p

Zaman kanak-kanak bershopping =P

I'm a blogger since 12 Mac 2008. Nak kata veteran, xde veteran mana pun.. Masa mula-mula start blog dulu, memang aktif. Tapi sebab aku mula masuk dunia blog ni zaman hati budak-budak lagi kan, sampai aku sendiri pun malu nak baca balik entry lama, maka kebanyakan entry dah ditapis dan ditepis menyebabkan entrynye semakin sikit..hihi.. Aku mula berblogging masa umur 21 - zaman tengah mabuk bercintan dengan Mr Yobo... hahaha.. Blog ni pun blog yang ketiga selepas blog lama kena hack dan ditukar domainnye. Sabor jela. (=.=)

Family - Sumber inspirasi

Hidup ni memang ada byk pilihan. It's about learning. Dalam learning process, kita akan banyak jatuh, dijatuhkan. Tapi still kena belajar bangun balik, teruskan facing and handling reality..  Ibaratnya first time masuk dapur nak memasak lah. Hati berkobar-kobar nak masak untuk suami, anak-anak atau family tercinta. Lepas sejam dua bertarung kat dapur, hidangkan untuk family tp last-last dorang cakap tak sedap. Sakit hati tak? Tapi ada ke disebabkan komen tu kau nk give up? Still kena belajar dan improve masakan even setiap kali pun kena kecam lauk masinla, x sedap la etc.. [gitulah gamaknye]... 

BFF till Jannah

Apa lagi nak cakap ye.. hurmm..

Education background. Alhamdulillah, graduate degree BBA dari UKM (2009) dan MBA dari UiTM (2012). InsyaAllah kalau diizinkan dan ada peluang,akan sambung belajar lagi ke peringkat terakhir sebelum umur cecah 40 =) 

Mr Yobo - Sumber kekuatan; dulu, kini dan selamanya

Aku sangat minat bidang perniagaan. Dan biasanya kalau satu produk tu berkesan & sangat-sangat memuaskan hati aku, aku akan promote orang untuk beli jugak produk tu. Dalam bahasa lain, apa yang aku promote tu memang benda yang aku guna. Kalau aku promote gila-gila tu maksudnya memang aku suka gila produk tu..hahaha.. Tapi aku promote bukan bermaksud aku jual ye. Aku promote sebab aku sukaaaa.. 

My best memories - Best of the best

Family Background. Alhamdulillah dan InsyaAllah, Mr Yobo yang sorang ni lah selamanya seorang sampai syurga pun dia sorang je as suami aku =P Kitorang kenal 20.08.2008 masa satu program kat kolej. Masa bila mula bercinta, aku tak ingat.. Tahu-tahu dia dah jadi suami aku ( boleh? =P ) Berkawan dah hampir sedekad, bernikah baru separuh jalan.. hihi... Sepanjang pernikahan, aku pernah keguguran 4x. Aku sangat memahami perasaan macam mana penatnya menunggu zuriat lahir dari rahim seorang isteri sebab kami sendiri pun mengalami situasi tu. InsyaAllah nanti aku sharekan entry tentang TTC kami.

Jibambam - 2 ketul cinta hati.

Pesanan ikhlas; jangan sesekali comparekan life korang dengan life orang lain. Diorang tak lalui apa yang kau lalui, maka dia takkan faham kepayahan kau. Dan kau pun tak pernah lalui kehidupan diorang, maka kau pun tak tahu kepayahan apa yang dia lalui untuk capai kejayaan sekarang.

Mr Yobo - tenkiu my love.

Last but not least, selamat membaca! aku harap blog ni banyak bagi manfaat kepada korang. Tapi kalau ada sentap dengan aku, mohon maaf awal-awal. Dan mohon jangan sentap lama-lama tau! =P

Muah!

No comments:

Post a Comment